01 Oktober 2009

SURAH SHAAD

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH SHAAD
Maksudnya: Shaad

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Barangsiapa membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
Untuk mendengar bacaan dan terjemahan ayat ini, sila klik link dibawah ini.
Quran Explorer - [Sura : 38, Verse : 42 - 42]

SURAH ASH-SHAFFAT

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH ASH-SHAFFAT
Maksudnya: Yang Berbaris

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membacanya, insyaAllah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.
Untuk mendengar bacaan dan terjemahan surah ini, sila klik link dibawah ini.
Quran Explorer - [Sura : 37, Verse : 1 - 182]

SURAH YAASIN

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH YAASIN
Maksudnya: Wahai Manusia

Nabi kita Muhammad SAW bersabda:"Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah Surah Yaasin.
" Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa yang membaca Surah Yaasin kerana Allah SWT, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik."

Dalam satu hadith yang lain Baginda Rasullullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu membaca Surah Yaasin ini ke atas pesakit pesakitmu yang menghadapi sakaratul maut, nescaya Allah SWT akan meringankan kekerasan sakaratul maut itu."

Dalam satu hadith yang lain pula, Baginda Rasullullah SAW bersabda: "Aku ingin benar, agar Surah Yaasin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."

Barangsiapa yang membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barangsiapa yang membacanya sebanyak 21 kali pada malam jumaat, lalu berdoa istighfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Allah SWT.

Barangsiapa yang membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. barangsiapa yang membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ai akan mati syahid dan barangsiapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.

Barangsiapa yang membacanya sekali selepas tiap tiap Solat Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari seksa kubur.

Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.

Hikmat hikmat dan khasiat khasiat Surah Yaasin ini banyak benar didapati didalam kitab kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian. Untuk mendengar bacaan dan terjemahan Surah Yaasin ini, sila klik link dibawah ini.
Quran Explorer - [Sura : 36, Verse : 1 - 83]

SURAH FAATHIR

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH FAATHIR
Maksudnya: Pencipta

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa yang membaca ayat 29 hingga ayat 30 dari surah ini, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya. Untuk mendengar bacaan dan terjemahan ayat ayat ini, sila klik link dibawah ini.
Quran Explorer - [Sura : 35, Verse : 29 - 30]

SURAH SABA'

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ

SURAH SABA'
Maksudnya: Saba'

Dengan izin Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, barangsiapa membaca surah ini, terselamat ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari kerosakan tanam tanaman. Untuk mendengar bacaan dan terjemahan surah ini, sila klik link dibawah ini.
Quran Explorer - [Sura : 34, Verse : 4 - 54]